Kritikan dan kontroversi Pokémon

Moral

Pokémon telah menerima kritikan daripada penganut-penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam; penganut Kristian bimbang bahawa tema-tema ilmu ghaib dan keganasan yang nyata dan juga konsep "evolusi Pokémon" (yang dianggap berkaitan dengan teori evolusi) yang wujud dalam Pokémon akan mencabuli konsep penciptaan menurut buku Genesis.[2] Bagaimanapun, pihak Vatican berpendapat bahawa permainan kad dagangan dan permainan video Pokémon adalah "penuh dengan imaninasi yang direka-reka" dan tidak mendatangkan "kesan moral yang merbahaya".[3] Di United Kingdom, permainan "Kad Kuasa Kristian" telah diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai respons terhadap dakwaan-dakwaan yang menuduh Pokémon sebagai bersifat kesyaitanan, permainan yang serupa dengan TGC Pokémon tetapi menggunakan tokoh-tokoh dalam Bible.[4] Pada tahun 1999, kumpulan hak asasi Yahudi, Anti-Defamation League juga telah memberi tekanan kepada syarikat Nintendo untuk mengedit imej kad dagangan Pokémon bagi Golbat dan Ditto kerana kad-kad itu memaparkan manji yang ditafsirkan oleh liga tersebut sebagai anti-Semitism, walaupun kad-kad ini telah dirancangkan untuk hanya dijual di Jepun manakala Nintendo merancangkan untuk menerbitkan versi yang telah diedit di Amerika Utara pada tahun berikutnya.[5] Pada tahun 2001, Arab Saudi telah mengharamkan permainan dan kad Pokémon sambil mengatakan bahawa francais itu mempromosi Zionisme yang mencabuli doktrin Islam.[6] Pokémon juga telah dituduh mempromosikan sabung ayam[7][8] dan materialisme.[9] Pada tahun 1999, dua orang budak berusia 9 tahun telah memfailkan dakwaan terhadap Nintendo kerana mereka mendakwa bahawa Permainan Kad Dagangan Pokémon telah menyebabkan mereka ketagihan judi yang teruk.[10]